|
 |
|
BERITA
SEMASA /
ACARA |
|
|
|
|
 |
|
|
 |
09-515 6351 / 09- 513 1336 |
|
 |
09-517 9089 |
|
 |
Suite 6.03, Tingkat 6,
Kompleks Teruntum,
Jalan Mahkota,
25000 Kuantan Pahang. |
|

 |
Lawatan
dan Kajiselidik Mengenai Pentadbiran
Koperasi PKNP Bhd oleh Mahasiswi UMP
|

|
Pada hari Rabu, 25 Ogos 2010,
Koperasi telah dipilih oleh mahasiswi
Universiti Malaysia Pahang (UMP) untuk
dikajiselidik dan mengumpul sedikit maklumat
mengenai tadirurus Koperasi serta sistem
kewangan Islam yang dipratikkan oleh
Koperasi selama ini. Kajian ini difahamkan
adalah untuk melengkapkan lagi salah satu
kursus pengajian mereka. Lawatan ini
dihadiri oleh 5 orang mahasiswi UMP yang
terdiri daripada:
1.
Nor Azirah Mohd
Amin
2.
Ain Zuriati
Zainuddin
3.
Rozana Shukri
4.
Noramizah Mohamad
5.
Nurul Jannah Che
Jusoh
Penerangan maklumat tersebut disampaikan
oleh Puan Rafizawati Muhammad Nafis,
bertempat di Pejabat Koperasi. |
 |
Penyerahan
Sumbangan Kurma kepada Anggota Koperasi |

|
Sehari sebelum 1 Ramadhan 1431 Hijriah
disambut, anggota Koperasi telah menerima
sedikit sumbang ikhlas dari Koperasi PKNP
Bhd iaitu sekotak Kurma yang enak dan amat
sesuai untuk dimakan apabila berbuka puasa.
Pengagihan kurma ini dilakukan di Pejabat
Koperasi bagi anggota, manakala bagi Ketua
Eksekutif serta Timbalan Ketua Eksekutif
PKNP diagihkan oleh Tuan Pengerusi Koperasi
iaitu Haji Mohd Zaid bin Harun sendiri di
dalam Mesyuarat PKNP yang dihadiri oleh
mereka. Semoga dengan sumbangan ini,
Ramadhan kali ini lebih bermakna bagi kita
semua yang setia dan taat menjalankan ibadah
Allah SWT.
|
 |
Majlis
Pelancaran Bulan Zakat Negeri Pahang |

|
23
Syaaban 1431 Hijriah (RABU) bersamaan 4 Ogos
2010 bertempat di Dewan Astana, MS Garden
Hotel, Kuantan. Koperasi PKNP Bhd telah
dijemput hadir ke satu majlis anjuran Pusat
Kutipan Zakat (PKZ) Negeri Pahang untuk
penyerahan zakat perniagaan bagi tahun
kewangan berakhir Disember 2009. Majlis ini
dihadiri oleh wakil-wakil dari syarikat
korporat dan juga Koperasi-koperasi sekitar
Negeri Pahang. Bendahari iaitu En. Abdullah
bin Abd Rashid turut ditemani oleh seorang
kakitangan Koperasi bersyukur dapat
meluangkan masa menghadiri majlis yang amat
berilmu ini.
Aturcara dimulakan dengan alunan bacaan Al-Quran
oleh salah seorang kakitangan PKZ sendiri.
Kemudian ucapan aluan dari Pengurus Besar
PKZ dan seterusnya ucapan dan Pelancaran
Bulan Zakat oleh YDH Timbalan Yang DiPertua
Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu
Pahang. Pada majlis tersebut, hadirin juga
berpeluang menonton tayangan “Tiada
Kewajipan Seagung Perintah Ilahi” di mana
sedikit sebanyak dapat membawa kesedaran
mengenai kepentingan mengeluarkan zakat.
|
 |
LAWATAN
KOPERATOR DARI KOPERASI NEGERI PERLIS
SEMPERNA HARI KOPERASI NEGARA |

|
15
Julai 2010, Khamis – Pada julung kalinya
Koperasi PKNP Bhd diberi peluang oleh pihak
SKM Negeri Pahang untuk meraikan rombongan
dari koperator-koperator Negeri Perlis
semperna lawatan mereka ke Hari Koperasi
Negara, di mana Negeri Pahang selaku tuan
rumah bagi tahun ini.
Rombongan ini diketuai oleh Ketua Penolong
Pengarah SKM Negeri Pahang iaitu En.
Kamaruddin dan turut diiringi oleh Pegawai
SKM iaitu Pn. Norhayati binti Muhammad.
Majlis ringkas dimulakan dengan jamuan makan
tengahari dan seterusnya sedikit taklimat
aktiviti dan perkembangan Koperasi yang
dibentangkan oleh Pengerusi Biro Pelaburan
iaitu En. Rahmat bin Hussin. Taklimat ini
dimeriahkan lagi dengan sesi soal jawab
diantara jemaah Lembaga Pengarah yang turut
hadir serta koperator dari Negeri Perlis.
|
 |
MESYUARAT
AGUNG TAHUNAN KOPERASI PKNP BHD KALI KE
– 16 |

|
Mesyuarat tahunan yang sentiasa
ditunggu-tunggu oleh Anggota Koperasi ini
telah dilangsungkan pada 19 Jun 2010, Sabtu
pada jam 8.30 pagi bertempat di Dewan
Seminar, Kompleks Dagangan Mahkota, Sektor
II, Bandar Indera Mahkota, Kuantan.
Mesyuarat didahului dengan ucapan aluan oleh
Pengerusi Koperasi dan dirasmikan oleh Ketua
Eksekutif PKNP, YH Dato’ Haji Lias bin Mohd
Noor seterusnya turut dimuatkan Majlis
Penyampaian Anugerah Pelajaran Cemerlang
bagi tahun 2009.
Alhamdulillah kepada hadrat Ilahi kerana
kewangan Koperasi bagi tahun berakhir
Disember 2009 telah mengizinkan para
anggotanya menikmati dividen atas saham
sebanyak 10% dan dividen atas yuran sebanyak
6%. Didoakan semoga kejayaan dan keuntungan
ini berterusan bagi tahun-tahun mendatang.
Sokongan jitu daripada anggota dan pihak SKM
amatlah dihargai dalam membantu jemaah
Lembaga Pengarah dan kakitangan Koperasi
menjalankan aktiviti yang baru mahupun yang
sedia ada.
|
 |
MAJLIS
BERSAMA KUMPULAN PENGURUSAN PKNP DENGAN
KOPERASI |

|
9 Jun
2010 (Rabu), EDC Tingkat 3, Kompleks
Teruntum. Satu majlis taklimat ringkas yang
diideakan oleh Pengerusi Koperasi iaitu Tuan
Haji Mohd Zaid bin Harun atas tujuan untuk
memaklumkan aktiviti dan perkembangan
Koperasi kepada kumpulan pengurusan PKNP
yang terdiri daripada PKNP, Pasdec, Rumpun
Timur Sdn Bhd dan RT-Biofarm Sdn Bhd.
Koperasi amat berterima kasih kepada YH.
Dato’ Haji Lias bin Mohd Noor dan jemaah
pengurusan kerana dapat meluangkan masa bagi
menghadiri majlis ringkas tersebut. Koperasi
berharap dengan adanya majlis ini bakal
memberi manfaat dan dapat berkongsi
kebaikkan bersama. Segala peluang yang bakal
diberikan oleh kumpulan pengurusan PKNP
tidak akan disia-siakan oleh Koperasi dengan
matlamat memperkasakan ekonomi anggota serta
mengukuhkan lagi asas-asas penubuhan
Koperasi itu sendiri.
|
 |
Pembelian
Bangunan Kedai / Pejabat 2 Tingkat, Di
Lot 7, Sektor II,
Bandar Indera Mahkota, Kuantan. |

.jpg) |
.jpg) |
Koperasi PKNP Berhad telah mendapat
kelulusan dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang
ke - 13 bagi Pembelian Bangunan Kedai /
Pejabat 2 Tingkat, Di Lot 7, Sektor II,
Bandar Indera Mahkota, Kuantan. Aset ini
bernilai RM418,888.00 di mana ianya
dimajukan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri
Pahang (PKNP). Koperasi amat berterima
kasih kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
kerana telah meluluskan pembiayaan pembelian
aset ini melalui dana Tabung Modal Pusingan
– Suruhanjaya Koperasi Malaysia (TMP-SKM)
berjumlah RM376,900.00 selama 15 tahun dan
kadar faedah yang dikenakan adalah amat
rendah iaitu 2%.
Lokasinya yang strategik dan berdekatan
dengan Bandar Kuantan bakal menarik ramai
perniaga berpusat di situ. Bangunan ini
dijangkakan siap pada suku tahun kedua
2010. Perancangan bagi jangkamasa pendek
bangunan ini ialah untuk disewakan kepada
penyewa yang berpotensi. Manakala bagi
jangkamasa panjang, Biro Perkhidmatan
Koperasi akan mengaturkan sesuatu yang lebih
bermanfaat dan menguntungkan kepada Koperasi. |
 |
Aset
Kesayangan Koperasi PKNP Berhad |

|
Medan Letak Kereta Terbuka dibelakang
Kompleks Teruntum telah dioperasikan oleh
Koperasi PKNP Bhd semenjak dari tahun 1995.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Pihak
Pengurusan PKNP yang terdahulu dan kini
kerana telah memberi kepercayaan dengan
menyerahkan medan emas ini kepada
Koperasinya untuk dioperasikan. Maka sudah
15 tahun Koperasi menguruskan operasi
penyelenggaraan serta kutipan letak kereta
yang amat menguntungkan ini. Untuk maklumat
lanjut, sila klik
disini. |
 |
Lawatan
ke Rumah Burung Walit, Pantai Klebang,
Melaka |

 |
 |
4 Mac
2010, KHAMIS – Jawatankuasa Pelaburan telah
meluangkan masa melawat tapak cadangan di
mana Koperasi akan mendirikan sebuah Rumah
Burung Walit di Kawasan Perindustrian Rompin,
Pahang. Tanah seluas 2.5 ekar adalah milik
PKNP. Lokasi ini telah dikenal pasti
strategik kerana didapati banyak burung
walit dikawasan tersebut.
5 Mac 2010, JUMAAT – Seterusnya rombongan
melanjutkan lawatan mereka ke Pantai Klebang,
Melaka bagi melihat sendiri rekabentuk dan
menilai kerja-kerja pembinaan yang
dilaksanakan oleh pihak Global Excellent
Marketing (GEM). Para rombongan diberi
taklimat dan penerangan yang bergitu jelas
mengenai asas pembinaan dan segala ciri-ciri
keselamatan bangunan. Koperasi amat
berterima kasih kepada GEM yang diuruskan
oleh Tuan Haji Abd Aziz kerana telah
membenarkan pihak Koperasi melawat salah
satu rumah burung walit yang direkabentuk
dan dibina sepenuhnya oleh mereka. Untuk
makluman umum, GEM menawarkan khidmat
konsultan kepada sesiapa yang berminat untuk
menceburi dalam Perindustrian Burung Walit
ini. Anda boleh layari laman web ini untuk
maklumat lanjut,
www.gemsb.vox.com |
 |
Projek
Mingomingo terlibat dalam Karnival
Jualan Mega MARA |

|
19 – 22
November 2009 (Khamis – Ahad), Kuantan
Parade – Projek Mingomingo iaitu Ais Krim
Mingomingo dan Ginseng Jus Mingomingo telah
melangkah setapak dengan mengadakan sebuah
booth di Karnival Jualan Mega MARA anjuran
MARA Negeri Pahang demi megumpul pengalaman
dan mencari lebih keuntungan.
Sepanjang tempoh karnival ini berlangsung,
kakitangan Koperasi PKNP Bhd dan juga
operator Mingomingo yang terlibat telah
memberikan kerjasama sepenuhnya bagi
menjayakan jualan booth tersebut. Pelbagai
masalah yang dihadapi sepanjang tempoh
karnival itu berlangsung dapat diatasi
dengan semangat sepasukan. Musim tengkujuh
agak menganggu kelancaran Karnival tersebut
dan mengakibatkan kurang pengunjung yang
sepatutnya hadir ke Kuantan Parade. Galakkan
dan juga sokongan moral dari semua Ahli
Lembaga Pengarah dan ahli Koperasi PKNP
Berhad yang meluangkan masa mengunjung booth
Mingomingo ini sedikit sebanyak dapat
menyuntik semangat kepada kakitangan yang
bertugas.
|
 |
Majlis Priview Koperasi Pembangunan Usahawan
MingoMingo Malaysia Berhad |

 |
 |
26.11.2009 (Khamis), buat pertama kalinya
pihak Kasturi Klasik Trading Sdn Bhd
mengadakan majlis Priview Koperasi
Pembangunan Usahawan MingoMingo Malaysia
Berhad di negeri Pahang bertempat di City
View Hotel, Kuantan. Priview tersebut telah
berlangsung selama 3 jam dari jam 8.00 malam
sehingga jam 11.00 malam.
Majlis yang dihadiri seramai 25 orang
jemputan melalui talian telefon dan
pengiklanan surat khabar. Majlis di mulakan
dengan pembukaaan ceramah oleh Encik
Awalludin Bin Ahmad selaku Pengurus
Pembangunan Perniagaan Kasturi Klasik
Trading Sdn Bhd mengenai isi-isi pengetahuan
berkenaan urusniaga secara terperinci dan
juga mempromosikan Seminar Pembangunan
Usahawan Komingo di Genting Highland selama
3 hari 2 malam bermula 25.12.2009 -
27.12.2009. Selama 3 hari 2 malam itu,
beberapa program akan dijalankan. Antara
Program yang dijalankan adalah Human Mind
Re-Engineering, The Art of Selling dan
Closing Technique.
Majlis priview tersebut berakhir pada jam
11.00 malam dengan aktiviti mempromosikan
produk MingoMingo Ginseng Jus dan
pendaftaran penambahan bilangan pengedar dan
stokis.
|
 |
Majlis
Priview Koperasi Pembangunan Usahawan
MingoMingo Malaysia Berhad |

|
14
November 2009 (Sabtu), Jam 8.00 Malam
sehingga Jam 11.00 Malam, Kasturi Klasik
Trading Sdn Bhd telah mengadakan satu majlis
Priview Koperasi Pembangunan Usahawan
MingoMingo Malaysia Berhad bertempat di
Hotel Flamingo, Ampang Kuala Lumpur. Priview
tersebut berlangsung selam 3 jam bermula
dari jam 8.00 malam sehingga Jam 11.00 malam.
Maljis yang dihadiri seramai 70 orang
jemputan melalui talian telefon dan
pengiklanan surat khabar. Majlis di mulakan
dengan pembukaan ceramah oleh Encik Noor
Hilmy Bin Alias selaku Pengurus Projek Khas
Kasturi Klasik Trading Sdn Bhd mengenai
isi-isi pengetahuan berkenaan urusniaga
secara terperinci dan mempromosikan Seminar
Pembangunan Usahawan Komingo di Genting
Highland selama 3 hari 2 malam bermula
25.12.2009 – 27.12.2009. Selama 3 hari 2
malam itu, beberapa program akan dijalankan.
Antara program yang di jalankan adalah Human
Mind Re-Engineering, The Art Of Selling dan
Closing Technique.
Majlis priview tersebut juga di serikan lagi
dengan kehadiran Duta Produk seorang pelakon,
pelawak dan penyampai radio Sinar FM iaitu
Salleh Yaacob yang menjadi Duta Produk
MingoMIngo Ginseng Jus. Selain menjadi duta
produk, beliau sendiri menjadi pengguna dan
pengedar MingoMingo Ginseng Jus. Dan majlis
priview yang berakhir jam 11.00 malam itu di
akhiri dengan aktiviti mempromosikan produk
MingoMingo Ginseng Jus kepada kehadiran
majlis priview tersebut.
|
 |
Majlis
Seminar Stokis |

|
November 2009 (Sabtu), Jam 2.00 Petang
sehingga Jam 6.00 Petang, pihak Kasturi
Klasik Trading Sdn Bhd telah mengadakan satu
Seminar Stokis kepada setiap Stokis Negeri
dan Mobile Stokis di Pejabat Kasturi Klasik
Trading Sdn Bhd, bertempat di No.27, Jalan
DBP 2, Dolomite Business Park, 68100 Batu
Caves, Selangor Darul Ehsan. Seminar Stokis
ini diadakan dengan bertujuan memberikan
penerangan yang lebih terperinci kepada
semua stokis mengenai prosuder-prosuder yang
harus diikuti sebagai stokis. Ini juga
bertujuan untuk mengelakkan sebarang
kesulitan di antara pihak Kasturi Klasik Sdn
Bhd dengan pihak stokis.
Di antara perkara agenda yang di jalankan
pada petang itu adalah seperti berikut :
i. Proses Penyerahan &
Pengurusan Maklumat Kasturi Klasik.
ii. Proses Pendaftaran
Keahlian.
iii. Peranan Stokis.
Dengan mengadakan Seminar Stokis seperti
sedemikian, ia dapat menambahkan ilmu
pengetahuan mengenai Ginseng Jus MingoMingo
dengan lebih lanjut dan mendalam. Selain itu,
ia dapat mengeratkan lagi sillaturrahim
sesama stokis dan pengedar.
Seminar Stokis yang bermula pada Jam 2.00
petang sehingga Jam 6.00 petang di sampaikan
oleh Encik Nordin Bin Jantan selaku Pengarah
Pembangunan Perniagaan Kasturi Klasik
Trading Sdn Bhd. Seminar yang tamat pada jam
6.00 petang itu berakir dengan tanpa
sebarang masalah dan kesulitan maklumat
mengenai Ginseng Jus MingoMingo. Selain itu,
Seminar Stokis tersebut di selitkan dengan
makan ringan pada Jam 4.00 petang. Dan
segala tunjuk ajar dari pihak Kasturi Klasik
Trading Sdn Bhd amatlah kami hargai dengan
ucapan ribuan terima kasih. |
|