|
BULETIN
DAN AKTIVITI
 |
Kiosk
Ais Krim Mingomingo berpindah dari ECM
ke Terminal Makmur |


 |
30
September 2009 (Rabu), jam 10.30 malam,
Kelab Kembara PKNP, kakitangan Koperasi PKNP
Berhad dan Kontraktor Elektrik, bekerjasama
memindahkan Kiosk Ais Krim Mingomingo dari
East Coast Mall (ECM) ke Tingkat 1, Terminal
Makmur. Keputusan pemindahan ini dilakukan
adalah kerana sepanjang setahun beroperasi
di ECM, didapati jualan menunjukkan
peningkatan yang positif tetapi Koperasi
terpaksa menanggung kos operasi yang amat
tinggi contohnya kadar sewa yang dikenakan
oleh pihak ECM RM1,500.00 sebulan dengan
keluasan 6’ x 7’, ini tidak termasuk dengan
caj bekalan elektrik, dimana Koperasi
terpaksa memperuntukkan RM500.00 untuk
setiap 4 bulan. Selain daripada itu juga,
lokasi yang ditempatkan agak tersorok di
Tingkat 1, bersebelahan dengan Carrefour dan
Kedai Buku MBS.
Koperasi PKNP Berhad mengharapkan perniagaan
Ais Krim Mingomingo ini bakal memperolehi
keuntungan selepas berpindah ke Terminal
Makmur kerana sewa tapak yang dikenakan oleh
Pihak MPK cuma RM100.00 sebulan, malahan
pula caj elektrik tidak dikenakan. Dengan
jurang penjimatan yang tinggi ini,
diharapkan dapat menjana keuntungan dengan
lebih cepat.
Proses pemindahan tersebut tamat pada jam
1.00 pagi, walaupun mesin ais krim tersebut
terlalu berat dan tiada peralatan khas
digunakan, dengan kerjasama hampir 10 orang
pada malam tersebut berjaya memindahkan
kiosk dan mesin ais krim dengan selamat bak
pepatah Melayu mengatakan “Berat sama
dipikul, Ringan sama dijinjing”. |
|
 |
Majlis
Mengenang Jasa Bekas Lembaga Pengarah
Koperasi PKNP Berhad |


|
20 Ogos 2009 (Khamis), Akop
Patin House – Satu jamuan makan tengahari
diadakan ditempat tersebut bagi meraikan
bekas Lembaga Pengarah yang bersara mengikut
giliran seperti termaktub di dalam
Undang-Undang Kecil Koperasi PKNP Bhd.
Majlis tersebut dihadiri oleh 2 orang yang
diraikan iaitu En. Ahmad Rosdi bin Abd Razak
(Mantan Setiausaha) dan En. Azhar bin
Ibrahim (Mantan Anggota Lembaga Pengarah),
Yang Dimuliakan Tuan Pengerusi, Tuan Haji
Mohd. Zaid bin Harun, Jemaah Anggota Lembaga
dan Kakitangan Pentadbiran Koperasi PKNP
Bhd.
Majlis yang meriah ini dapat
mengeratkan hubungan bukan sahaja bekas
Anggota Lembaga Pengarah dengan Anggota
Lembaga yang baru, malahan diantara
kakitangan Koperasi juga. Walaupun tidak
dapat berkhidmat bagi sessi 2009, sumbangan
idea dan pandangan masih lagi diperlukan
bagi bersama-sama memajukan Koperasi PKNP
Bhd. |
|
 |
Mesyuarat
Agung Tahunan Koperasi PKNP Berhad Kali
Ke - 15 |

|
Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Kali ke –
15 diadakan pada hari Sabtu, 27 Jun 2009,
jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Pameran,
Kompleks Dagangan Mahkota, Sektor 2, Bandar
Indera Mahkota, 25990 Kuantan. Mesyuarat ini
dirasmikan oleh YH Dato’ Haji Lias bin Mohd.
Noor (Ketua Eksekutif PKNP).
Di dalam mesyuarat tersebut, para anggota
Koperasi PKNP Bhd telah meluluskan cadangan
Pembahagian Keuntungan Tahun Kewangan 2008
iaitu Dividen atas Modal Syer sebanyak 5%
dan Dividen atas Modal Yuran sebanyak 2%.
Kedua-dua dividen bagi Tahun Kewangan 2008
menurun berbanding dengan Tahun 2007, ini
kerana impak daripada perkembangan Ekonomi
Negara yang agak perlahan. Tambahan pula
rosot nilai dari pelaburan saham agak tinggi
iaitu RM60,000 bagi Tahun 2008, manakala
hanya RM16,405 bagi Tahun 2007. |
|
|