BERITA SEMASA / ACARA

Pejabat Baru Koperasi PKNP
Tarikh: November 2009
Masa: -
Lokasi: Suite 6.03, Tingkat 6, Kompleks Teruntum.
Maklumat: Koperasi PKNP Berhad akan berpindah dilokasi tersebut pada bila-bila masa lagi.
----------------------------------------------------- Kiosk Ais Krim MingoMingo
Tarikh: Dari Okt 2008
Masa: 11:00pg - 08:30mlm
Lokasi: Kompleks Teruntum & Terminal Makmur
-----------------------------------------------------

09-515 6351 / 09- 513 1336

 09-517 9089

admin@koperasipknp.com.my

Suite 6.03, Tingkat 6,

Kompleks Teruntum,

Jalan Mahkota,

25000 Kuantan Pahang.

www.pknp.gov.my

 

 

 Mingomingo terlibat dalam Hari Keluarga PKNP 2010

23 Oktober 2010, Tapak Rekriasi Pantai Balok, Pahang.  Mingomingo Ais Krim telah diberi peluang oleh Kelab Keluarga PKNP buat julung kalinya bagi menyediakan sumbangan sebanyak 1,000 kon ais krim percuma kepada peserta yang hadir ke Hari Keluarga PKNP 2010.  Koperasi amat berbesar hati dengan tawaran tersebut kerana dengan ini dapat mempromosi Mingomingo dengan secara tidak langsung, malahan mendedahkan kepada para Operator Ais Krim kepada suasana karnival.  Ini dapat mengutip pengalaman dan menyelesaikan sebarang masalah yang bakal dihadapi disesuatu acara yang besar.  Alhamdulillah, terima kasih kepada semua kakitangan Koperasi kerana bersama-sama memikul satu tugasan yang baik ini bagi menjayakan sumbangan kepada Hari Keluarga PKNP 2010.  Semoga pada masa akan datang, operasi Mingomingo akan terus diberi peluang oleh mana-mana organisasi.

 

 Taklimat Kesihatan oleh Pathlab

13 Oktober 2010, Koperasi PKNP Bhd telah diberi taklimat kesihatan secara percuma oleh kakitangan Pathlab.  Taklimat ini menerangkan kepentingan Kad Kesihatan yang sepatutnya dimiliki oleh setiap orang.  Pihak Pathlab juga turut mempelawa kakitangan Koperasi untuk datang ke makmal Pathlab bagi mendapatkan pemeriksaan dan khidmat kaunseling kesihatan secara percuma pada bila-bila masa.

 

 Lawatan ke Tapak Reban Milik Tentraman Sdn Bhd di Kg. Pulau Jejawi, Temerloh, Pahang

6 Oktober 2010, satu lawatan ke tapak reban ayam milik Tentraman Sdn Bhd telah diadakan di Pulau Jejawi, Temerloh.  Lawatan tersebut dihadiri oleh 5 orang Ahli Jawatankuasa Khas Projek Koperasi PKNP Bhd dan diiringi oleh Pengurus Tentraman sendiri iaitu Tuan Syed Abd Hamid.  Peserta lawatan dapat meneliti dan memantau sendiri keadaan reban Tentraman di mana beliau bakal diamanahkan bagi kerja-kerja merekabentuk, membina dan menyiapkan 8 unit reban ayam jenis terbuka milik Koperasi di tapak PROLAN KM24, Jalan Pekan – Nenasi, Pekan.

 

 Majlis Berbuka Puasa Warga Koperasi PKNP Berhad

22 Ramadhan 1431 Hijriah bersamaan 1 September 2010, buat julung kalinya Pengurusan Koperasi PKNP Bhd meraikan warga Koperasi yang terdiri daripada Ahli Lembaga Pengarah, Kakitangan Koperasi, AJK Kecil, Audit Dalaman Koperasi bersama seisi keluarga untuk menjamu selera dengan berbuka puasa di Hotel Mega View.  Seramai 80 orang termasuk kanak-kanak berpeluang menikmati juadah yang disediakan.  Hubungan siratulrahim dapat dipanjangkan serta dieratkan antara satu sama lain.  Semoga majlis yang mulia ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menghargai sumbangan masing-masing dalam menjayakan serta memperkasakan Koperasi.

 

 Lawatan Kerja Penilaian Projek Ternakan Ayam Pedaging di Ladang Tunas Budi Sdn Bhd

1 September 2010, Rabu.  Ahli Jawatankuasa Khas Projek telah membuat lawatan ke ladang ternakan ayam milik Datuk Haji Abdul Manaf bin Haji Sulong di Padang Polo, Pekan.  Beliau telah mengusahakan ladang ternakan ini selama 16 tahun.  Pelbagai pengalaman dan cabaran yang telah beliau tempuhi sepanjang tempoh itu.  Namun ianya adalah sangat berbaloi kerana ladang beliau dapat membekalkan ayam kepada Ayamas setiap satu pusingan sebanyak 125,000 ekor ayam.  Jumlah pengeluaran ayam setahun adalah sebanyak 750,000 ekor ayam.  Kesemua reban adalah jenis reban terbuka, manakala sistem untuk makanan dan minuman, kebanyakkannya secara manual.  Ladang tersebut bukan sahaja menternak ayam secara komersial, malahan dibuat secara integrasi dengan menternak kambing sebanyak 250 ekor.  Datuk Manaf juga turut membina sebuah rumah burung walit dalam ladang tersebut dan kini telah pun mengeluarkan hasil yang lumayan.  Ahli Lembaga Koperasi yang hadir pada lawatan tersebut amat berterima kasih kepada Datuk Manaf kerana sudi meluangkan masa dan memberi penjelasan yang amat berguna kepada pihak Koperasi.

 

 Lawatan dan Kajiselidik Mengenai Pentadbiran Koperasi PKNP Bhd oleh Mahasiswi UMP

 

            Pada hari Rabu, 25 Ogos 2010, Koperasi telah dipilih oleh mahasiswi Universiti Malaysia Pahang (UMP) untuk dikajiselidik dan mengumpul sedikit maklumat mengenai tadirurus Koperasi serta sistem kewangan Islam yang dipratikkan oleh Koperasi selama ini.  Kajian ini difahamkan adalah untuk melengkapkan lagi salah satu kursus pengajian mereka. Lawatan ini dihadiri oleh 5 orang mahasiswi UMP yang terdiri daripada:

 

1.       Nor Azirah Mohd Amin

2.       Ain Zuriati Zainuddin

3.       Rozana Shukri

4.       Noramizah Mohamad

5.       Nurul Jannah Che Jusoh

 

Penerangan maklumat tersebut disampaikan oleh Puan Rafizawati Muhammad Nafis, bertempat di Pejabat Koperasi.

 

 Penyerahan Sumbangan Kurma kepada Anggota Koperasi

 

Sehari sebelum 1 Ramadhan 1431 Hijriah disambut, anggota Koperasi telah menerima sedikit sumbang ikhlas dari Koperasi PKNP Bhd iaitu sekotak Kurma yang enak dan amat sesuai untuk dimakan apabila berbuka puasa.  Pengagihan kurma ini dilakukan di Pejabat Koperasi bagi anggota, manakala bagi Ketua Eksekutif serta Timbalan Ketua Eksekutif PKNP diagihkan oleh Tuan Pengerusi Koperasi iaitu Haji Mohd Zaid bin Harun sendiri di dalam Mesyuarat PKNP yang dihadiri oleh mereka.  Semoga dengan sumbangan ini, Ramadhan kali ini lebih bermakna bagi kita semua yang setia dan taat menjalankan ibadah Allah SWT.

 

 Majlis Pelancaran Bulan Zakat Negeri Pahang

 

23 Syaaban 1431 Hijriah (RABU) bersamaan 4 Ogos 2010 bertempat di Dewan Astana, MS Garden Hotel, Kuantan.  Koperasi PKNP Bhd telah dijemput hadir ke satu majlis anjuran Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Negeri Pahang untuk penyerahan zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir Disember 2009.  Majlis ini dihadiri oleh wakil-wakil dari syarikat korporat dan juga Koperasi-koperasi sekitar Negeri Pahang.  Bendahari iaitu En. Abdullah bin Abd Rashid turut ditemani oleh seorang kakitangan Koperasi bersyukur dapat meluangkan masa menghadiri majlis yang amat berilmu ini. 
 

Aturcara dimulakan dengan alunan bacaan Al-Quran oleh salah seorang kakitangan PKZ sendiri.  Kemudian ucapan aluan dari Pengurus Besar PKZ dan seterusnya ucapan dan Pelancaran Bulan Zakat oleh YDH Timbalan Yang DiPertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang.  Pada majlis tersebut, hadirin juga berpeluang menonton tayangan “Tiada Kewajipan Seagung Perintah Ilahi” di mana sedikit sebanyak dapat membawa kesedaran mengenai kepentingan mengeluarkan zakat.

 

 LAWATAN KOPERATOR DARI KOPERASI NEGERI PERLIS SEMPERNA HARI KOPERASI NEGARA

 

15 Julai 2010, Khamis – Pada julung kalinya Koperasi PKNP Bhd diberi peluang oleh pihak SKM Negeri Pahang untuk meraikan rombongan dari koperator-koperator Negeri Perlis semperna lawatan mereka ke Hari Koperasi Negara, di mana Negeri Pahang selaku tuan rumah bagi tahun ini.

Rombongan ini diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah SKM Negeri Pahang iaitu En. Kamaruddin dan turut diiringi oleh Pegawai SKM iaitu Pn. Norhayati binti Muhammad. Majlis ringkas dimulakan dengan jamuan makan tengahari dan seterusnya sedikit taklimat aktiviti dan perkembangan Koperasi yang dibentangkan oleh Pengerusi Biro Pelaburan iaitu En. Rahmat bin Hussin. Taklimat ini dimeriahkan lagi dengan sesi soal jawab diantara jemaah Lembaga Pengarah yang turut hadir serta koperator dari Negeri Perlis.
 

 

 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI PKNP BHD KALI KE – 16

 

Mesyuarat tahunan yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh Anggota Koperasi ini telah dilangsungkan pada 19 Jun 2010, Sabtu pada jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Seminar, Kompleks Dagangan Mahkota, Sektor II, Bandar Indera Mahkota, Kuantan. Mesyuarat didahului dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Koperasi dan dirasmikan oleh Ketua Eksekutif PKNP, YH Dato’ Haji Lias bin Mohd Noor seterusnya turut dimuatkan Majlis Penyampaian Anugerah Pelajaran Cemerlang bagi tahun 2009.

Alhamdulillah kepada hadrat Ilahi kerana kewangan Koperasi bagi tahun berakhir Disember 2009 telah mengizinkan para anggotanya menikmati dividen atas saham sebanyak 10% dan dividen atas yuran sebanyak 6%. Didoakan semoga kejayaan dan keuntungan ini berterusan bagi tahun-tahun mendatang. Sokongan jitu daripada anggota dan pihak SKM amatlah dihargai dalam membantu jemaah Lembaga Pengarah dan kakitangan Koperasi menjalankan aktiviti yang baru mahupun yang sedia ada.

 

 MAJLIS BERSAMA KUMPULAN PENGURUSAN PKNP DENGAN KOPERASI

 

9 Jun 2010 (Rabu), EDC Tingkat 3, Kompleks Teruntum. Satu majlis taklimat ringkas yang diideakan oleh Pengerusi Koperasi iaitu Tuan Haji Mohd Zaid bin Harun atas tujuan untuk memaklumkan aktiviti dan perkembangan Koperasi kepada kumpulan pengurusan PKNP yang terdiri daripada PKNP, Pasdec, Rumpun Timur Sdn Bhd dan RT-Biofarm Sdn Bhd.

Koperasi amat berterima kasih kepada YH. Dato’ Haji Lias bin Mohd Noor dan jemaah pengurusan kerana dapat meluangkan masa bagi menghadiri majlis ringkas tersebut. Koperasi berharap dengan adanya majlis ini bakal memberi manfaat dan dapat berkongsi kebaikkan bersama. Segala peluang yang bakal diberikan oleh kumpulan pengurusan PKNP tidak akan disia-siakan oleh Koperasi dengan matlamat memperkasakan ekonomi anggota serta mengukuhkan lagi asas-asas penubuhan Koperasi itu sendiri.

 

 Pembelian Bangunan Kedai / Pejabat 2 Tingkat, Di Lot 7, Sektor II,
 Bandar Indera Mahkota, Kuantan.

Koperasi PKNP Berhad telah mendapat kelulusan dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang ke - 13 bagi Pembelian Bangunan Kedai / Pejabat 2 Tingkat, Di Lot 7, Sektor II, Bandar Indera Mahkota, Kuantan.  Aset ini bernilai RM418,888.00 di mana ianya dimajukan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP).  Koperasi amat berterima kasih kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) kerana telah meluluskan pembiayaan pembelian aset ini melalui dana Tabung Modal Pusingan – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (TMP-SKM) berjumlah RM376,900.00 selama 15 tahun dan kadar faedah yang dikenakan adalah amat rendah iaitu 2%.

Lokasinya yang strategik dan berdekatan dengan Bandar Kuantan bakal menarik ramai perniaga berpusat di situ.  Bangunan ini dijangkakan siap pada suku tahun kedua 2010.  Perancangan bagi jangkamasa pendek bangunan ini ialah untuk disewakan kepada penyewa yang berpotensi.  Manakala bagi jangkamasa panjang, Biro Perkhidmatan Koperasi akan mengaturkan sesuatu yang lebih bermanfaat dan menguntungkan kepada Koperasi.

 

 Aset Kesayangan Koperasi PKNP Berhad

Medan Letak Kereta Terbuka dibelakang Kompleks Teruntum telah dioperasikan oleh Koperasi PKNP Bhd semenjak dari tahun 1995.  Ribuan terima kasih diucapkan kepada Pihak Pengurusan PKNP yang terdahulu dan kini kerana telah memberi kepercayaan dengan menyerahkan medan emas ini kepada Koperasinya untuk dioperasikan.  Maka sudah 15 tahun Koperasi menguruskan operasi penyelenggaraan serta kutipan letak kereta yang amat menguntungkan ini.  Untuk maklumat lanjut, sila klik disini.

 

 Lawatan ke Rumah Burung Walit, Pantai Klebang, Melaka

4 Mac 2010, KHAMIS – Jawatankuasa Pelaburan telah meluangkan masa melawat tapak cadangan di mana Koperasi akan mendirikan sebuah Rumah Burung Walit di Kawasan Perindustrian Rompin, Pahang. Tanah seluas 2.5 ekar adalah milik PKNP. Lokasi ini telah dikenal pasti strategik kerana didapati banyak burung walit dikawasan tersebut.

5 Mac 2010, JUMAAT – Seterusnya rombongan melanjutkan lawatan mereka ke Pantai Klebang, Melaka bagi melihat sendiri rekabentuk dan menilai kerja-kerja pembinaan yang dilaksanakan oleh pihak Global Excellent Marketing (GEM). Para rombongan diberi taklimat dan penerangan yang bergitu jelas mengenai asas pembinaan dan segala ciri-ciri keselamatan bangunan. Koperasi amat berterima kasih kepada GEM yang diuruskan oleh Tuan Haji Abd Aziz kerana telah membenarkan pihak Koperasi melawat salah satu rumah burung walit yang direkabentuk dan dibina sepenuhnya oleh mereka. Untuk makluman umum, GEM menawarkan khidmat konsultan kepada sesiapa yang berminat untuk menceburi dalam Perindustrian Burung Walit ini. Anda boleh layari laman web ini untuk maklumat lanjut, www.gemsb.vox.com

 

 Projek Mingomingo terlibat dalam Karnival Jualan Mega MARA

 

19 – 22 November 2009 (Khamis – Ahad), Kuantan Parade – Projek Mingomingo iaitu Ais Krim Mingomingo dan Ginseng Jus Mingomingo telah melangkah setapak dengan mengadakan sebuah booth di Karnival Jualan Mega MARA anjuran MARA Negeri Pahang demi megumpul pengalaman dan mencari lebih keuntungan.

Sepanjang tempoh karnival ini berlangsung, kakitangan Koperasi PKNP Bhd dan juga operator Mingomingo yang terlibat telah memberikan kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan jualan booth tersebut. Pelbagai masalah yang dihadapi sepanjang tempoh karnival itu berlangsung dapat diatasi dengan semangat sepasukan. Musim tengkujuh agak menganggu kelancaran Karnival tersebut dan mengakibatkan kurang pengunjung yang sepatutnya hadir ke Kuantan Parade. Galakkan dan juga sokongan moral dari semua Ahli Lembaga Pengarah dan ahli Koperasi PKNP Berhad yang meluangkan masa mengunjung booth Mingomingo ini sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat kepada kakitangan yang bertugas.

 

 Majlis Priview Koperasi Pembangunan Usahawan MingoMingo Malaysia Berhad

 

26.11.2009 (Khamis), buat pertama kalinya pihak Kasturi Klasik Trading Sdn Bhd mengadakan majlis Priview Koperasi Pembangunan Usahawan MingoMingo Malaysia Berhad di negeri Pahang bertempat di City View Hotel, Kuantan. Priview tersebut telah berlangsung selama 3 jam dari jam 8.00 malam sehingga jam 11.00 malam.

Majlis yang dihadiri seramai 25 orang jemputan melalui talian telefon dan pengiklanan surat khabar. Majlis di mulakan dengan pembukaaan ceramah oleh Encik Awalludin Bin Ahmad selaku Pengurus Pembangunan Perniagaan Kasturi Klasik Trading Sdn Bhd mengenai isi-isi pengetahuan berkenaan urusniaga secara terperinci dan juga mempromosikan Seminar Pembangunan Usahawan Komingo di Genting Highland selama 3 hari 2 malam bermula 25.12.2009 - 27.12.2009. Selama 3 hari 2 malam itu, beberapa program akan dijalankan. Antara Program yang dijalankan adalah Human Mind Re-Engineering, The Art of Selling dan Closing Technique.

Majlis priview tersebut berakhir pada jam 11.00 malam dengan aktiviti mempromosikan produk MingoMingo Ginseng Jus dan pendaftaran penambahan bilangan pengedar dan stokis.

 

 Majlis Priview Koperasi Pembangunan Usahawan MingoMingo Malaysia Berhad

 

14 November 2009 (Sabtu), Jam 8.00 Malam sehingga Jam 11.00 Malam, Kasturi Klasik Trading Sdn Bhd telah mengadakan satu majlis Priview Koperasi Pembangunan Usahawan MingoMingo Malaysia Berhad bertempat di Hotel Flamingo, Ampang Kuala Lumpur. Priview tersebut berlangsung selam 3 jam bermula dari jam 8.00 malam sehingga Jam 11.00 malam.


Maljis yang dihadiri seramai 70 orang jemputan melalui talian telefon dan pengiklanan surat khabar. Majlis di mulakan dengan pembukaan ceramah oleh Encik Noor Hilmy Bin Alias selaku Pengurus Projek Khas Kasturi Klasik Trading Sdn Bhd mengenai isi-isi pengetahuan berkenaan urusniaga secara terperinci dan mempromosikan Seminar Pembangunan Usahawan Komingo di Genting Highland selama 3 hari 2 malam bermula 25.12.2009 – 27.12.2009. Selama 3 hari 2 malam itu, beberapa program akan dijalankan. Antara program yang di jalankan adalah Human Mind Re-Engineering, The Art Of Selling dan Closing Technique.


Majlis priview tersebut juga di serikan lagi dengan kehadiran Duta Produk seorang pelakon, pelawak dan penyampai radio Sinar FM iaitu Salleh Yaacob yang menjadi Duta Produk MingoMIngo Ginseng Jus. Selain menjadi duta produk, beliau sendiri menjadi pengguna dan pengedar MingoMingo Ginseng Jus. Dan majlis priview yang berakhir jam 11.00 malam itu di akhiri dengan aktiviti mempromosikan produk MingoMingo Ginseng Jus kepada kehadiran majlis priview tersebut.

 

 Majlis Seminar Stokis

 

November 2009 (Sabtu), Jam 2.00 Petang sehingga Jam 6.00 Petang, pihak Kasturi Klasik Trading Sdn Bhd telah mengadakan satu Seminar Stokis kepada setiap Stokis Negeri dan Mobile Stokis di Pejabat Kasturi Klasik Trading Sdn Bhd, bertempat di No.27, Jalan DBP 2, Dolomite Business Park, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. Seminar Stokis ini diadakan dengan bertujuan memberikan penerangan yang lebih terperinci kepada semua stokis mengenai prosuder-prosuder yang harus diikuti sebagai stokis. Ini juga bertujuan untuk mengelakkan sebarang kesulitan di antara pihak Kasturi Klasik Sdn Bhd dengan pihak stokis.


Di antara perkara agenda yang di jalankan pada petang itu adalah seperti berikut :
i.                    Proses Penyerahan & Pengurusan Maklumat Kasturi Klasik.
ii.                   Proses Pendaftaran Keahlian.
iii.                  Peranan Stokis.


Dengan mengadakan Seminar Stokis seperti sedemikian, ia dapat menambahkan ilmu pengetahuan mengenai Ginseng Jus MingoMingo dengan lebih lanjut dan mendalam. Selain itu, ia dapat mengeratkan lagi sillaturrahim sesama stokis dan pengedar.


Seminar Stokis yang bermula pada Jam 2.00 petang sehingga Jam 6.00 petang di sampaikan oleh Encik Nordin Bin Jantan selaku Pengarah Pembangunan Perniagaan Kasturi Klasik Trading Sdn Bhd. Seminar yang tamat pada jam 6.00 petang itu berakir dengan tanpa sebarang masalah dan kesulitan maklumat mengenai Ginseng Jus MingoMingo. Selain itu, Seminar Stokis tersebut di selitkan dengan makan ringan pada Jam 4.00 petang. Dan segala tunjuk ajar dari pihak Kasturi Klasik Trading Sdn Bhd amatlah kami hargai dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

 

© 2010. Koperasi PKNP Berhad.